Posts

Showing posts from February, 2016

TAKWIM PEPERIKSAAN 2016

  PEPERIKSAAN TARIKH Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU) Bertulis  13 - 16 Jun 2016 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bertulis    05 - 08 September 2016 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ujian Bertulis   11 - 13 Oktober 2016 Ujian Lisan   Bertutur - 01 - 30 Ogos 2016   Mendengar - 09 Ogos 2016 (BM)                      - 10 Ogos 2016 (BI)   Tilawah & Hafazan - 21 - 26 Ogos 2016 Ujian Pelbagai Instrumen   Geografi - 17 - 29 Julai 2016   Sejarah - 19 Jun - 01 Julai 2016 Peperiksaan Bahasa Jepun & Bahasa Jerman Ujian Bertulis   26 Julai 2016 Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Ujian Bertulis   10 - 12 Oktober 2016 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Lisan   25 - 28 Julai 2016   01 - 04 Ogos 2016 Bertulis   17 - 19 Oktober 2016   25 - 26 Oktober 2016 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bertulis    07 November - 06 Disember 2016 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) - BM Lisan  18 - 22 April 2016 (Sesi 1)   31 Oktober - 4 November 2016 (Sesi2) Bertulis  25 April 2016 (S

Apa itu KBAT?

Image
Konsep Pentaksiran Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan  evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.   KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)   KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta. Apa Itu KBAT  Konsep & Teori KBAT KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Memiliki kemahiran ini murid

FORMAT BARU UPSR 2016

Image
Dipetik dari makluman terkini dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), perubahan  Format Baru UPSR 2016 ini membabitkan bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).  Format Baru UPSR 2016 akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.                                     Format Baru Dan Instrumen Contoh Peperiksaan UPSR 2016 Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Contact Form

Name

Email *

Message *