Apa itu KBAT?

KBAT | Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Konsep Pentaksiran
Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.

 KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
Apa Itu KBAT  Konsep & Teori KBAT
Apa Itu KBAT  Konsep & Teori KBAT
KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAM PENYELESAIAN MASALAH
Strategi juga merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk memilih pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan.   
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pembelajaran dan pengajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut :
ü  Memahami dan mentafsirkan masalah
ü  Merancang strategi penyelesaian
ü  Melaksanakan strategi
ü  Menyemak semula penyelesaian
Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan Matematik apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan :
Cuba jaya / teka uji
  1. Membina senarai / jadual / carta yang sesuai
  2. Mengenal pasti kemungkinan
  3. Menggunakan algebra
  4. Mengenal pasti pola
  5. Melukis gambarajah
  6. Guna Kaedah Unitari
  7. Guna Model
  8. Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
  9. Guna rumus
  10. Guna analogi / perbandingan
  11. Lakonan / ujikaji
  12. Mempermudahkan masalah
  13. Membuat anggaran
  14. Mental arimetik

Strategi  : (Cuba jaya / Mengenal pasti kemungkinan / Melukis     gambarajah / Guna rumus)
Contoh soalan yang diberikan ini mempunyai pelbagai strategi penyelesaian masalah.
Contoh Soalan:
Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk membentuk satu rangka segiempat dengan luas yang maksimum. Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?

Melukis gambarajah
Lukis atau lakar seberapa banyak gambarajah bentuk segi empat. Cuba letakkan nombor pada setiap sisi sehinggaberjaya menemui perimeter yang berjumlah
24 cm. Kemudian, gunakan kemungkinan kemungkinan nombor lain yang difikirkan sesuai. Seterusnya, gunakan rumus luas segi empat untuk mencari luas maksimum segi empat tersebut dengan mendarab panjang dan lebar. Akhirnya, padanan nombor yang sesuai dan munasabah akan ditemui bersesuaian  dengan kehendak soalan tersebut iaitu seperti gambarajah di bawah.

Bentuk-bentuk yang berkemungkinan :
Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT
Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT

Jawapannya ialah 6 cm x 6 cm = 36 cm². Jawapan ini dipilih kerana bentuk itu mempunyai luas maksima jika dibandingkan dengan bentuk yang lain.
  
Strategi : (Guna Kaedah Unitari / Guna rumus / Guna algebra dan          Melukis gambarajah)
 Contoh Soalan :
Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada John dengan harga RM 240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas menjual basikal itu. Berapakah harga kos basikal tersebut?
 Penyelesaian :
i)             Guna Kaedah Unitari 
Untung          = 20%
Harga Jual    = RM 240 (100% +20%)
Harga Kos     = (100%)
Oleh itu,         120%  = RM 240
1%      = ?
Cari nilai 1% terlebih dahulu.
RM 240 ÷ 120 = RM 2
Oleh itu, 1% = RM 2
Harga Kos     = RM 2 × 100
= RM 200

Sumber: SistemGuruOnline

Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular posts from this blog

7 Jenis Terapi

Pusat Tuisyen Bestari Cerdik

PKP VS NOMOFOBIA