Manis dalam pahit : Ketika anak kedua saya lepas saja belajar daripada UTP dan bergelar siswazah dlm chemical engineering dia terus dapat kerja dengan CVM Magnesium di Kemunting Perak. Dia kemudiannya di hantar ke China utk menjalani latihan kerana China mempunyai kepakaran dalam pemprosesan magnesium. Balik dari China dia terus ditawarkan kerja sebagai QA di syarikat tersebut. Gajinya hanya 1600, tiada apa2 elaun tambahan, cuti hanya pada hari Ahad, cuti tahunan hanya 8 hari setahun, itupun di tolak 2 hari utk raya Cina. Kalau lewat masuk kerja pun ditolak gaji. Lewat masuk mesyuarat pun di tolak gaji. Dia sentiasa mengeluh dan nak berhenti kerja. Saya selalu nasihatkan dia bahawa kekadang dalam kepahitan ada keberkatan, dalam kepayahan ada peluang yang lebih baik menunggu. Maka dia sabarlah juga sehingga habis kontrek 3 tahun. Kemudian dia dapat temuduga dengan satu syarikat yang menguji pelbagai bahan2 binaan. Ramai yang ditemuduga. Ada yang berkelulusan masters dan hebat2 belak...