Kesabaran pasti ada hikmah.

Manis dalam pahit : Ketika anak kedua saya lepas saja belajar daripada UTP dan bergelar siswazah dlm chemical engineering dia terus dapat kerja dengan CVM Magnesium di Kemunting Perak. Dia kemudiannya di hantar ke China utk menjalani latihan kerana China mempunyai kepakaran dalam pemprosesan magnesium.

Balik dari China dia terus ditawarkan kerja sebagai QA di syarikat tersebut. Gajinya hanya 1600, tiada apa2 elaun tambahan, cuti hanya pada hari Ahad, cuti tahunan hanya 8 hari setahun, itupun di tolak 2 hari utk raya Cina. Kalau lewat masuk kerja pun ditolak gaji. Lewat masuk mesyuarat pun di tolak gaji. Dia sentiasa mengeluh dan nak berhenti kerja. Saya selalu nasihatkan dia bahawa kekadang dalam kepahitan ada keberkatan, dalam kepayahan ada peluang yang lebih baik menunggu. Maka dia sabarlah juga sehingga habis kontrek 3 tahun.

Kemudian dia dapat temuduga dengan satu syarikat yang menguji pelbagai bahan2 binaan. Ramai yang ditemuduga. Ada yang berkelulusan masters dan hebat2 belaka dari segi pengalaman kerja. Bila giliran dia ditemuduga, hanya dia yang dapat mengendalikan alat yang ada pada kompeni tersebut iaitu alat untuk menguji ketulenan logam yang terbaru yang belum banyak digunakan di Malaysia. Alat ini memang dia dok guna lama dah semasa menguji magnesium di CVM Magnesium. Lagi satu pengalamannya ialah kebolehannya membangunkan industrial lab yang jugak tiada kepada calon2 lain. Dengan kelebihan dua kriteria ini dia diterima kerja dan sekarang dia sedang sibuk membangunkan satu industrial lab yang bernilai puluhan juta utk kompeni tersebut.

Nak cerita ni bukan nak kata bangga sebab anak ada kerja yang agak selesa tetapi nak menunjukkan bahawa kekadang kita kena sabar menghadapi kepayahan kerana berkat kesabaran itu akan adalah kenikmatan dihujungnya. Saya timbulkan isu ini kerana ramai anak didik kita tak sabar. Susah sikit kerja dah nak berhenti.

Contohnya dulu kedai tayar Cina didepan rumah saya ada seorang pekerja Melayu. Saya rasa cukup seronok kerana ada Melayu yang ada kepakaran dalam bidang tersebut. Selang 4 bulan saya pi pulak, dia dah takdak. Saya tanya tokey dia, apa jadi pada Melayu tu. Cina tu kata " Sorry to saylah cgu, dia tak tahan sebab gajinya sangat sikit, dia kata mana boleh hidup dengan gaji yang sangat kecil" Itulah kelemahan anak didik kita. Mereka tak tau bahawa nilai kepakaran dan pengetahuan yang diperolehi adalah puluhan ribu ringgit dan kepakaran ini boleh menjadikan mereka seorang usahawan yang boleh pulak menggaji orang lain dimasa akan datang. Anak didik kita banyak yang mementingkan hiburan dan cukup makan.

Moralnya : Anak didikku, ingat pepatah Melayu, berakit2 kehulu berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian

My 2 cents.

#celotehhalimcgupencen

Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular posts from this blog

7 Jenis Terapi

Pusat Tuisyen Bestari Cerdik

PKP VS NOMOFOBIA