Antara STPM atau program Diploma


confused-man

Di sepanjang bulan-bulan Oktober & November ini agak banyak kali juga soalan daripada pelajar di tingkatan 6 yang bertanya untuk membuat pilihan samada meneruskan pengajian tingkatan 6 ataupun menerima tawaran untuk ke program diploma di IPT
Kedua-dua program pengajian ini sebenarnya tidaklah sepatutnya dibuat perbandingan yang mana baik, kerana kedua-duanya memang ada berbeza yang tidak seharusnya dibuat perbandingan. Apa yang penting pelajar kena tahu adalah….
  1. Matlamat dan cita-cita kerjaya pelajar sendiri nak jadi apa.
  2. kena tahu apa kelayakan untuk jadi apa yang pelajar nak jadi.
    • adakah ianya memerlukan kelayakan sijil, diploma atau ijazah
    • dan kelayakan itu dalam bidang apa
  3. Kenalpasti di mana (IPT mana) pelajar boleh sambung belajar dalam bidang tersebut
  4. untuk pastikan pelajar sedang belajar di laluan yang betul
Laluan STPM adalah menjurus untuk pelajar seterusnya ke pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Jadi jika kelayakan yang diperlukan bidang kerjaya pilihan pelajar adalah ijazah sarjana muda, maka STPM adalah pilihan yang terbaik.
Namun jika kerjaya seperti di dalam bidang kemahiran yang ada antaranya memadai dengan kelayakan diploma maka STPM bukanlah pilihan yang sesuai
Masalah sebenar kebanyakkan pelajar yang saya temui adalah mereka sendiri tak ada pun cita-cita kerjaya yang hendak dicapai; Dan inilah yang menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan, malah sukar untuk dibantu. Lebih menyulitkan keadaan adalah pelajar sendiri (setelah menyertai pengajian tingkatan 6) yang tidak fokus
  • Masih memikirkan jalan keluar dari tingkatan 6; DAN
  • Akan lebih mengganggu penumpuan pelajar apabila mereka  juga mengemukakan permohonan untuk ke program diploma semasa sedang mengikuti pengajian tingkatan 6 – sebagai plan B.
Secara tak langsung mengganggu penumpuan pelajar kepada pembelajaran STPM – ada yang pernah beritahu yang sepanjang satu(1) semester pengajian tingkatan 6 (STPM) mereka tak tahu apa-apa pun yang dipelajari di dalam tempoh tersebut. Kalau sikap begini tidak diubah, belajar diploma pun pelajar akan lalui keadaan yang sukar juga kerana tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya
Adanya plan B bagus jika pelajar memang ingin ke pengajian diploma dan bila terima tawaran untuk ke diploma tidaklah lagi perlu fikir panjang untuk kelak di STPM. Yang mana adalah merupakan natijah kepada perlunya pelajar ada cita-cita kerjaya yang ingin dicapai untuk tidak menyulitkan proses membuat keputusan.
Akibatnya pelajar mungkin akan membuat pilihan yang salah terutama apabila ditanyakan pendapat dari rakan-rakan. Rakan yang telah pun berada di laluan diploma tentunya akan memberikan pendapat laluan diploma lebih baik, dan begitu juga sebaliknya. Ini sebenarnya pendapat yang tidak adil dan beras sebelah kerana hanya mampu memberikan gambaran berdasrkan apa yang mereka lalui – diploma atau STPM, bukan pendapat untuk dipertimbangkan.
Pelajar sendiri kena lebih bertanggung jawab kepada diri sendiri dengan langkah paling penting – kena tahu nak jadi apa ?

Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular posts from this blog

7 Jenis Terapi

Pusat Tuisyen Bestari Cerdik

PKP VS NOMOFOBIA