Oh Mudahnya Sifir!!!

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat kajian salah satu faktor yang menyebabkan murid lemah dalam matematik ialah kegagalan menguasai SIFIR.(Ting, 2010).


Penting untuk setiap murid menguasai sifir terutamanya untuk menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan darab dan bahagi.

Sehubungan dengan itu, murid perlu didedahkan dengan pelbagai teknik atau pendekatan atau kaedah bagi memudahkan murid menguasai sifir dan menyelesaikan masalah matematik.

Lazimnya, kaedah hafalan sering disarankan kepada murid. Murid yang cekap menghafal sifir pasti dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat dan mudah. Namun bukan semua murid mampu menghafal sifir kerana proses menghafal memerlukan daya ingatan yang kuat, ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

Kini, ibubapa dan murid tidak perlu risau lagi kerana terdapat pelbagai teknik dan kaedah yang boleh digunakan bagi membantu murid menguasai sifir tanpa perlu menghafal.

Dengan modul "Oh Mudahnya Sifir", ibubapa dapat membimbing murid dengan pelbagai teknik antaranya menyediakan latihan yang berterusan, pembelajaran secara intensif, latihan secara mental atau congak, permainan matematik dan teknik membina sifir serta kaedah menyelesaikan operasi matematik yang lebih mudah dan banyak lagi yang akan dikongsikan.

Kepada yang berminat untuk mengikuti sambungannya, mohon follow blog bestaricerdik.blogspot.my dan like fb:pusat tuisyen bestari cerdik. Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular posts from this blog

7 Jenis Terapi

Pusat Tuisyen Bestari Cerdik

PKP VS NOMOFOBIA