SUKAN MEMANAH
Memanah merupakan sukan yang digemari oleh Baginda Rasulullah SAW, baik sebagai aktiviti riadah dan yang lebih penting lagi memanah adalah antara senjata setiap kali baginda Rasulullah SAW dan para sahabat RA keluar berperang.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
(Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
KELEBIHAN SUKAN MEMANAH
Falsafah memanah dapat mendidik seseorang itu dari sudut emosi dan fizikal kerana memanah akan melatih diri kita untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak menggelabah untuk meletakkan anak panah pada sasaran.
Sekiranya emosi seseorang itu dalam keadaan tertekan, panik serta marah, sudah tentu tumpuannya akan terjejas dan panahan tersebut akan tersasar dari sasaran yang ingin dicapainya.
Selain itu, sukan ini dapat memberi manfaat dari sudut fizikal apabila seseorang itu menarik anak panah untuk dilepaskan ke sasaran, secara automatik pengaliran darah di dalam badan akan menjadi lebih lancar yang akan memberi kekuatan kepada sistem dalam tubuh badan terutamanya jantung.
Secara kesimpulannya, aktiviti memanah dapat melatih individu untuk bersikap positif dan berjaya seperti penyabar, tenang, berstrategi serta menggunakan pertimbangan akal yang rasional mengatasi emosi; malah, sukan ini juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal terutama di bahagian anggota badan.
  1. Siapa yang boleh sertai?

  • Sesiapa sahaja boleh sertai tetapi keutamaan kepada pelajar-pelajar sekolah.
     2. Bila Kelas ini akan bermula?
  • Setiap hari sabtu minggu ke 2 dan ke 4 jam 11.00pagi-12.30tgh.

      3. Di mana kelas ini akan dijalankan?
  • Kelas ini akan dijalankan di dalam dewan Pusat Tuisyen Bestari Cerdik. 

      4. Perlukah pelajar membeli peralatan untuk memanah?
  • Tidak perlu kerana pihak kami yang akan menyediakan peralatan tersebut.
     5. Siapakah tenaga pengajar?
  • Kami bekerjasama dengan Thalhah Archery, justeru itu tenaga pengajar adalah daripada jurulatih profesional daripada Thakhah Archery.
     6. Bagaimana untuk mendaftar?
  • Hubungi kami di talian 0126367779 atau 1023494988

Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular posts from this blog

7 Jenis Terapi

Pusat Tuisyen Bestari Cerdik

PKP VS NOMOFOBIA