PKP VS NOMOFOBIA

Apa Nomofobia?

Adakah anda rasa anda mampu untuk jalani kehidupan seharian tanpa sebarang telefon pintar?

Jika anda rasa gelisah, takut, dan jantung anda berdegup kencang di saat anda kehilangan telefon pintar atau gajet, ini adalah satu petanda yang paling bahaya.

Nomofobia berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu 'no-mobile pnone-phobia' yang merupakan salah satu fobia yangsedang menular tanpa sedar.

Nomofobia merupakan perasaan takut untuk hidup tanpa telefon pintar. Sekaligus menjadikan diri sebagai 'hamba' kepada telefon pintar.

Oleh sebab itu, ia merupakan satu penyakit berbahaya yang boleh menjejaskan kehidupan seharian  jika gagal mengawalnya.


Pada tahun 2008, YOUGOV merupakan penyelidik dari United Kingdom telah membuat kajian tentang kebimbangan yang dilalui oleh pengguna tegar telefon pintar. Kajian menunjukkan bahawa hampir 53% pengguna telefon pintar di Britain selalu berasa bimbang apabila mereka kehilangan atau kehabisan bateri mahupun kredit serta tiada talian perkhidmatan.

Apabila tahap keterbergantungan kita pada telefon pintar sama ada untuk mencari maklumat atau untuk kehidupan sosial, ia akan menyebabkan kehidupan seharian terjejas tanpa sedar.

Berikut merupakan kesan 'NOMOFOBIA' :

#1 Gangguan emosi


Golongan Nomofobia ini selalunya akan berasa SANGAT STRESS dan mengalami gangguan emosi yang berbeza setiap masa. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan internet atau seumpamanya lalu menyebabkan penderita ini berasa marah dan emosi tidak stabil ketika itu malah akan menyakiti orang di sekeliling mereka tanpa mereka sedar.


#2  Kurang fokus



Ketagihan terhadap telefon pintar juga menyebabkan kurangnya fokus dengan keadaan sekeliling terutama apabila menggunakannya ketika memandu bagi golongan dewasa manakala bagi pelajar akan hilang minat untuk belajar.

#3 Anti-sosial



Golongan Nomofobia lebih cenderung meluangkan masa dengan aplikasi sosial berbanding dengan teman rapat dan keluarga bahkan sewaktu makan sekalipun masih fokus dengan telefon sambil makan. Kini sudah tiada interaksi dengan ahli keluarga ketika itu dan di mana saja mereka berada, dengan sesiapa pun mereka pergi, telefon pintar itu tetap menjadi pujaan hati.

Hal ini turut memberi kesan kepada hubungan suami isteri apabila masing-masing kurang memberi perhatian.


#4 Insomnia


Ini antara kesan yang paling buruk terhadap golongan Nomofobia ini kerana mereka sudah tidak mampu mengawal waktu tidur mereka dan lebih suka berjaga malam untuk melayari internet atau ketagih untuk bermain permainan di dalam aplikasi tersebut.

Walaupun mengantuk mereka merasa susah untuk berpisah dengan telefon kesayangan dan otak mereka sentiasa berfikir akan telefon tersebut. Implikasinya golongan ini sudah susah untuk tidur malam dan kekerungan waktu tidur pula menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan diri.


Sedar atau tidak, rata-rata di sekeliling kita sudah berada dalam bahaya dengan perkembangan teknologi yang semakin maju dari semasa ke semasa. Tambahan pula sekarang kita berada dalam 'Perintah Kawalan Pergerakan'. Implikasi terbesar adalah kepada kanak-kanak dan remaja.


Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular posts from this blog

7 Jenis Terapi

Pusat Tuisyen Bestari Cerdik